• Sat, May 2024

4 ALTERNATIF PENGURUSAN BAYARAN PELANGGAN KEPADA PENIAGA ATAS TALIAN

4 ALTERNATIF PENGURUSAN BAYARAN PELANGGAN KEPADA PENIAGA ATAS TALIAN

Peniaga yang mempromosikan produk mereka melalui sosial media pastinya berdepan dengan masalah penerimaan bayaran daripada pelanggan.

Kaedah yang digunakan oleh peniaga bermula daripada pelanggan mengemukakan bukti dalam bentuk slip bayaran transfer online sama ada perbankan online atau ewallet. Seterusnya peniaga akan membuka halaman perbankan online atau ewallet secara manual untuk tujuan pengesaan. Walaupun cara ini juga tidak memerlukan sebarang kos, namun keadaan ini memerlukan komitmen dalam merekod transaksi ke tempat lain bagi analisis jualan. Tambahan pula, peniaga perlu bersusah payah mengumpul dan menyusun balik rekod jualan dalam satu tempat seperti dalam perisian Microsoft Excel.

Bagi peniaga yang mempunyai banyak jualan ataupun menjangkakan jualan yang banyak online, terdapat beberapa alternatif bagi pengurusan bayaran. Bagi membincangkan alternatif tersebut, perlu difahami dalam proses automasi pengesahan pembayaran daripada pelanggan, proses ini perlu melalui proses payment gateway sama ada menggunakan akaun sendiri atau pihak ketiga. Tanpa proses ini proses automasi tidak dapat dilakukan. Kaedah yang biasa yang digunapakai untuk kesemua alternatif ini adalah akses kepada penghasilan halaman bil atau invois yang mempunyai pautan kepada pembayaran secara online. Pautan halaman tersebut boleh dikongsi kepada pelanggan menggunakan pelbagai medium seperti email, sms atau aplikasi perhubungan yang lain. Pelanggan yang menerima pautan tersebut hanya perlu mengikuti langkah yang dikemukakan dan data pembayaran jualan yang berjaya akan dikemaskini secara automatik ke dalam pangkalan data peniaga.

Alternatif pertama ialah mengguna pakai sistem payment gateway itu sendiri. Sistem ini semestinya penyimpanan pangkalan data transaksi dan peniaga boleh melihat senarai transaksi jualan yang melalui proses ini. Kelebihan cara ini adalah proses yang tidak memerlukan aplikasi lain untuk mengumpulkan data jualan, namun cara ini tidak dapat menerima bayaran selain dari kaedah bayaran payment gateway yang ditawarkan. Antara syarat utama juga kepada peniaga yang diperlukan oleh payment gateway semasa pendaftaran adalah dokumen perniaggan yang sah dan akaun bank semasa perniagaan.

Alternatif kedua ialah menggunakan aplikasi pihak ketiga yang menawarkan pengurusan jualan secara online secara khusus. Kelebihan cara ini semestinya penerimaan bayaran yang lebih fleksibel seperti boleh menggabungkan bayaran automatik dan secara manual. Biasanya, aplikasi seperti ini mempunyai alatan promosi seperti email marketing, newsletter, notifikasi yang boleh membantu peniaga untuk mempromosikan jualan. Namun dari segi kelemahannya, peniaga perlu membayar langganan perkhidmatan aplikasi pihak ketiga ini selain daripada kos payment gateway yang menjadi syarat kepada bayaran pengesahan automatik.

Alternatif ketiga ialah menggunakan sistem perakaunan atas talian yang menawarkan halaman bayaran invois kepada pelanggan. Kelebihannya  selain daripada pengurusan jualan,  semestinya peniaga mempunyai akses pelbagai kemudahan yang biasanya ditawarkan boleh aplikasi perakaunan. Namun, bayaran yang dikenakan biasanya lebih tinggi daripada aplikasi pengurusan jualan secara khusus.

Alternatif keempat ialah dengan mempunyai website yang mempunyai sistem perniagaan sendiri. Peniaga mempunyai bisnes model yang unik atau mahu kepada sistem yang fleksibel sangat sesuai untuk kaedah ini. Antara komitmen yang perlu ditambah kepada kaedah ini adalah keperluan kepada kos pembangunan sistem dan lain-lain infratrukur IT seperti pelayan (server) dan langganan kepada nama domain website.

Secara umumnya, pemilihan alternatif di atas bergantung kepada keperluan semasa sesuatu peniagaan. Peniaga boleh memilih kaedah yang mampu bayar pada peringkat permulaan. Namun jika saiz jualan terus meningkat dan keperluan pengurusan terus mendesak kepada aplikasi yang lebih menguntungkan perniagaan, keputusan untuk menambahbaik kepada alternatif yang lain adalah perlu dipertimbangkan.