• Mon, Apr 2024

7 STRATEGI RANTAIAN BEKALAN PERNIAGAAN KALIS BENCANA

7 STRATEGI RANTAIAN BEKALAN PERNIAGAAN KALIS BENCANA

Pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia bermula Disember 2019 telah memberi kesan kepada cabaran dan risiko yang besar terhadap kesemua subsektor ekonomi negara terutama di bidang sektor perniagaan kecil dan sederhana, terutamanya gangguan kepada rantaian bekalan.

Pengenalan

Pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia bermula Disember 2019 telah memberi kesan kepada cabaran dan risiko yang besar terhadap kesemua subsektor ekonomi negara terutama di bidang sektor perniagaan kecil dan sederhana, terutamanya gangguan kepada rantaian bekalan. Satu faktor bagi para peniaga menghadapi bencana ialah melalui strategi penyusunan semula rantaian bekalan. Terdapat 7 strategi rantaian bekalan perniagaan:

Strategi 1:  Perkongsian pembekal

Matlamat perkongsian rantaian bekalan adalah untuk memberi manfaat kepada semua pihak dengan menurunkan jumlah kos pemerolehan, pemilikan dan pelupusan produk dan perkhidmatan. Tujuan perkongsian rantaian bekalan adalah untuk memberi kesan kepada kebolehan strategik dan operasi individu syarikat untuk membantu mereka meraih faedah jangka panjang yang ketara. Membentuk strategik pakatan dengan beberapa pembekal utama yang bersedia untuk berkongsi tanggungjawab untuk produk kejayaan dapat membantu perniagaan berjalan dengan lebih lancar. Perkongsian strategik antara pembekal dan peniaga mempunyai kesan yang besar terhadap prestasi rantaian bekalan dan beberapa aspek kelebihan daya saing. 

Strategi 2:  Perhubungan pelanggan

Pengurusan perhubungan pelanggan tertumpu pada pasaran yang strategik. Pengguna tidak semua dicipta sama. Mengekalkan perhubungan yang baik untuk memastikan pelanggan gembira dengan menyediakan perkhidmatan yang cemerlang. Sistem perisian perhubungan pelanggan dapat meningkatkan pengurusan hubungan, penjualan dan kecekapan pemasaran langsung yang boleh membantu peniaga memperoleh pelanggan baru. Ini kerana sistem perhubungan pelanggan memberi manfaat kepada syarikat daripada perusahaan kecil kepada syarikat besar dengan membenarkan ejen penjagaan pelanggan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik dan pantas dengan mempunyai maklumat pelanggan. Seterusnya, pilihan pelaporan dan visualisasi boleh membantu syarikat mengesan arah aliran dan pandangan tentang pengguna mereka dengan mengumpul dan mengakses data pengguna. 

Strategi 3: Pengunaan sistem maklumat

Sistem maklumat ialah koleksi bersepadu komponen yang digunakan untuk mengumpul, menyimpan, dan menganalisis data serta menyediakan maklumat, pengetahuan, dan barangan digital. Maklumat sistem digunakan oleh perniagaan dan organisasi lain untuk menjalankan dan mengurus operasi, melibatkan diri dengan pengguna dan pembekal, dan bersaing dalam pasaran. Syarikat, contohnya, menggunakan sistem maklumat untuk mengendalikan rekod kewangan, mengurus sumber manusia dan mendekati bakal pengguna melalui iklan dalam talian. Sekarang kita dapat memerhatikan bagaimana revolusi perindustrian telah membawa kepada era Industri 4.0, di mana kebanyakan daripada maklumat atau mesej dihantar melalui teknologi internet oleh setiap organisasi.

Strategi 4: Penggunaan logistik pihak ketiga (3PL)

Organisasi perniagaan menggunakan perkhidmatan logistik pihak ketiga (3PL) bagi menjalankan aktiviti logistik seperti pergudangan, inventori dan pengangkutan penghantaran barangan kepada penerima. Dengan penggunaan 3PL, organisasi perniagaan mendapat kelebihan daya saing berbanding pesaing yang lain. Kepentingan logistik pihak ketiga (3PL) ini juga membantu organisasi dalam menyediakan kaedah yang lebih pantas dan lebih menjimatkan kos untuk menghantar barangan mereka kepada pengguna. Dalam aktiviti rantaian bekalan, penggunaan 3PL juga berfungsi sebagai penghubung antara pembuat dan penerima. Penggunaan 3PL juga telah memudahkan organisasi perniagaan untuk menguruskan prosess rantaian bekalan dengan cekap dan berkesan serta bertindak balas terhadap perkembangan teknologi terkini.

Strategi 5: Kerjasama dengan pesaing

Bekerjasama dengan pesaing boleh memberikan akses kepada data, analitik, arah aliran dan sumber baharu yang saling menguntungkan. Bekerjasama boleh membantu mengenal pasti peluang jualan baharu, mempromosikan jualan silang dan promosi pemasaran yang diselaraskan. Sesetengah organisasi perniagaan mendapat manfaat daripada gabungan kerjasama yang wajar dengan pembekal, pelanggan dan syarikat yang mengeluarkan produk bagi meningkatkan strategi kos, kualiti dan fleksibiliti untuk memastikan organisasi perniagaan mereka lebih berdaya saing. Strategi perhubungan kerjasama dengan pesaing membolehkan organisasi perniagaan tertentu merealisasikan kelebihan daya saing dengan pesaing rakan kongsinya seperti pembekal huluan dan pembeli hiliran.

Strategi 6: Pengurusan inventori

Pengurusan inventori menjadi perkhidmatan penting dalam proses rantaian bekalan global. Salah satu kaedah pengurusan stok inventori yang cekap dan berkesan ialan pengurusan inventori oleh vendor atau pembekal. Pengurusan inventori oleh vendor ialah model perniagaan di mana pembeli produk memberi produk maklumat kepada vendor dan vendor mempunyai tanggungjawab penuh untuk penyelenggaraan bahan inventori yang dipersetujui dan membekalkan kepada pembeli mengikut keperluan pasaran. Strategi ini boleh menghalang bahan inventori yang tidak diperlukan daripada disimpan, seterusnya mengurangkan jumlah kos perniagaan. 

Strategi 7: Pengukuran prestasi

Pengukuran prestasi ialah proses mengumpul, menganalisis dan melaporkan maklumat berkenaan prestasi individu, kumpulan, organisasi, sistem atau komponen. Mengetahui prestasi bidang perniagaan yang berbeza boleh membantu peniaga menilai di mana perniagaan mereka yang kukuh, di mana ia lebih lemah dan mengetahui faktor yang boleh di ubah menjadi lebih baik. Ini sepatutnya membantu peniaga mengurus prestasi perniagaan mereka secara proaktif dan cekap.

Penutup

Mencari pelanggan adalah tugas penting untuk setiap organisasi perniagaan. Namun begitu, mengekalkan pelanggan adalah menjadi lebih penting. Dalam menghadapi persekitaran perniagaan yang sangat kompetitif pada masa kini, sesebuah organisasi perniagaan harus mempunyai strategi pengurusan rantaian bekalan yang cekap dan efektif untuk menjamin kelestarian organisasi perniagaan mereka.