Cara pembayaran begini memudahkan para pembeli untuk mendapatkan barang keperluan yang di inginkan dan membuat pembayaran secara ansuran pada satu tarikh yang ditetapkan.
Fenomena BNPL di Malaysia telah mencatat pertumbuhan beberapa tahun kebelakang ekoran peningkatan dalam industri e-dagang (pembelian atas talian) terutamanya dalam kalangan generasi muda. Tujuan utama BNPL adalah untuk menyediakan pinjaman jangka pendek kepada pengguna yang tidak mempunyai kad kredit, atau mempunyai had kredit yang rendah. peniaga dan pengeluar kad kredit juga menawarkan pembeli membahagikan pembelian kepada ansuran selepas pembelian dibuat. Semetelaah lagi kaedah skim ini tidak memerlukan semakan kredit kewangan.
Dengan BNPL ini, ia memberi kemudahan dan aksesibiliti kewangan terutama golongan muda untuk sestengah barangan yang tidak mampu pada ketika itu. Semetelaah lagi, BNPL menawarkan pembayaran tanpa faedah namun jika ada kelewatan bayaran ansuran sedikit faedah dan caj dikenakan. Disamping itu ia membantu golongan yang baru hendak memulakan frasa berkerjaya dengan perancangan kewangan yang teratur. BNPL cenderung meningkatkan kadar pembelian impulsif kerana pengguna boleh mendapatkan barangan tanpa perlu membayar penuh secara serta-merta.
Tapi elemen negatif dalam penggunaan BNPL perlu diambil kira. Jeratan hutang yang tidak terkawal boleh menjadi satu ancaman dalam kehidupan harian. Ini berpunca dari kurangkan kesedaran tentang amalan kewangan yang baik yang mana mungkin dianggap remeh oleh sesetengah pengguna. Faktor lain juga seperti risiko ketagihan terhadap pembelian impulsif tanpa mempertimbangkan keperluan dan kemampuan sebenar.
Perkara ini turut disuarakan di Dewan Rakyat oleh wakil pemimpin yang mana ia boleh memberi implikasi besar kepada golongan anak muda dalam mana keterujaan mereka dalam membeli. Ini dapat digambarkan menerusi tingkah laku pengguna yang mengimpikan gaya hidup selesa dan personality menarik.
Dalam memastikan perlindungan terhadap pengguna, penetapan undang-undang dan peraturan turut ditekankan dalam memastikan perkhidmatan BNPL berlaku dalam landasan yang betul. Antara yang diperkenalkan di Malaysia seperti Akta Kredit Pengguna, Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Oleh itu, peranan beberapa pihak perlu diselaraskan supaya dapat membantu golongan muda dari risiko hutang dan pada akhirnya boleh menjurus kepada muflis. Malahan statistik dari Jabatan Insolvensi Malaysia merekodkan jumlah 31,140 golongan berusia 35 tahun kebawah antara senarai bankrap sejak 2019 sehingga 2023. Antara inisiatif yang dicadangkan kepada agensi Kerajaan adalah dengan meningkatkan kesedaran dan literasi kewangan di kalangan golongan muda. Ini termasuk pendidikan mengenai bahaya hutang, pengurusan bajet, dan cara menggunakan BNPL dengan bertanggungjawab.Pengawalselian oleh Kerajaan terhadap penyedia perkhidmatan BNPL dengan memastikan maklumat yang telus dan jelas kepada pengguna. Kerajaan juga boleh bekerjasama dengan institusi kewangan untuk memperkenalkan mekanisme yang memantau tahap hutang.
Namun, baru-baru ini program Dasar Peluang Kedua yang diperkenalkan oleh Kerajaan Madani banyak membantu golongan muda terutama yang berusia bawah 40 tahun yang terhimpit dengan desakan komitmen hutang yang tinggi dan bebas dari stigma kebankrapan atau muflis.
Kesimpulannya, BNPL adalah alat kewangan yang berpotensi membantu golongan muda mencapai keperluan pembelian dengan lebih mudah, tetapi memerlukan pendekatan berhati-hati untuk mengelakkan implikasi negatif seperti hutang yang tidak terkawal. Dari perspektif ekonomi, BNPL dapat menyumbang kepada peningkatan permintaan dalam sektor peruncitan dan e-dagang, Manakala dengan melihat pula dari aspek sosial, BNPL menggalakkan kecenderungan golongan ini kearah trend hidup yang relevan tetapi diluar kemampuan. Oleh itu kita sebagai pengguna perlu lah penuhkan ilmu didada supaya tidak menyusahkan kelak.
Tepuk dada tanya selera!
Sumber:
https://www.globenewswire.com/news-release/2024/08/19/2931984/0/en/Malaysia-Buy-Now-Pay-Later-Business-Report-2024-BNPL-Payments-to-Grow-by-17-9-to-Reach-2-19-Billion-this-Year-Investment-Opportunities-and-Forecasts-to-2029.html
https://finance.yahoo.com/news/malaysia-buy-now-pay-later-102500541.html