• Sat, Oct 2026

Berita

EKONOMI JINGGA DEMI MASA DEPAN BELIA

EKONOMI JINGGA DEMI MASA DEPAN BELIA

Pembentangan Kertas Kerja “Ekonomi Jingga: Menjana Peluang Pekerjaan Dalam Industri Kreatif Belia Negeri Kelantan” oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di MPBN Kelantan 2026 menggariskan strategi memacu sosioekonomi belia menerusi industri kreatif. Ekonomi Jingga menterjemahkan kekayaan warisan tempatan—seperti Batik, Dikir Barat, dan gastronomi—bersama teknologi digital kepada produk bernilai

MEMPERKASAKAN KOMUNITI DAN JATI DIRI SISWA SINERGI UMK DAN UPSI MENERUSI PROGRAM SEWATAN

Program SEWATAN yang dianjurkan oleh UPSI dengan kerjasama UMK bertujuan memperkasa jati diri mahasiswa menerusi penghayatan Adat Perpatih dan keusahawanan sosial. Program ini merangkumi aktiviti kampung angkat, bengkel keusahawanan, demonstrasi pemasaran digital, serta sesi kerohanian. Ia berjaya memindahkan ilmu dan memperkukuh hubungan universiti bersama komuniti luar bandar.

Read More

MEMPERKASAKAN KOMUNITI DAN AGENDA PEMBANGUNAN MAMPAN: PENGLIBATAN ECO U VIBE ENTERPRISE DALAM PROGRAM TAMU SDG 2026

Program Tamu SDG 2026 di Mydin Tunjong mempromosikan 17 Matlamat Pembangunan Mampan dan membantu golongan rentan menjana pendapatan. Penglibatan UMK menerusi syarikat pelajar Eco U Vibe Enterprise mempamerkan inovasi serta mempromosikan produk komuniti. Inisiatif ini memperkukuh ekosistem keusahawanan sosial dan jaringan kerjasama pelbagai pihak.

Read More

CHILL’X: HAB INOVASI DAN SIMULASI DUNIA PERUNCITAN FAKULTI KEUSAHWANAN DAN PERNIAGAAN

Chill’X ialah makmal peruncitan di FKP UMK yang ditubuhkan bagi menyokong pembelajaran amali berasaskan OBL. Dibangunkan sejak 2014 dan beroperasi pada 2016, ia menjadi ruang simulasi sebenar untuk pelajar mempraktikkan operasi runcit, merchandising, dan promosi. Chill’X kini simbol inovasi, kolaborasi, serta pemangkin kemahiran dan pengalaman industri.

Read More

UMK MENYANTUNI DAYAH DARUL HIKMAH, ACEH BESAR, INDONESIA: INSPIRASI KEUSAHAWANAN UNTUK PELAJAR PONDOK ISLAM

Staf akademik Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang terdiri daripada Prof. Madya Dr. Mohd Asrul Hery Ibrahim, Prof. Madya Dr. Mohd Zulkifli Muhammad, dan Dr. Mohd Afifie Mohd Alwi, dengan Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob selaku ketua delegasi, telah mengadakan kunjungan rasmi ke pondok Dayah Darul Hikmah yang terletak di Desa Kajhu, Aceh, Indonesia.

Read More
>