THE GREEN REVOLUTION: HOW RENEWABLE ENERGY IS RESHAPING THE FUTURE
In the last few decades, humanity has mounted a seminal test: addressing the environmental crisis of excessive dependence on fossil fuels.
Malaysia sudah menerima pelbagai platform e-dagang terkini contohnya Shopee dan Lazada sebagai medium membeli-belah yang semakin diminati oleh pengguna pada masa kini.
Pengguna Malaysia telah berganjak ke arah tingkah laku penggunaan secara dalam talian beberapa tahun kebelakangan ini dan makin meningkat sejak fenomena pandemik tercetus. Begitu juga dengan penggunaan kaedah pembayaran digital yang semakin drastik kerana ia menawarkan kuasa pembelian yang tinggi dan akses lebih mudah kepada kemudahan kredit tanpa memerlukan “credit checking” yang menyeluruh.
Ia di sokong dengan kaedah pembayaran secara kredit digital untuk membeli dahulu dan membayar kemudian. Kaedah ini dikenali sebagai ‘Buy Now Pay Later’ (BNPL). Tren pembayaran melalui platform BNPL ini kini semakin popular disebabkan fleksibiliti yang ditawarkan oleh platform ini dan BNPL telah menjadi satu kebiasaan dikalangan generasi muda akhir-akhir ini. Sasaran BNPL adalah kepada remaja berusia 18 tahun ke atas yang boleh dikatakan faham dengan sistem pembayaran kredit ini.
Platform ini menawarkan kaedah bayaran beli sekarang, bayar kemudian yang mana pembayaran di kemudian hari boleh dibuat secara ansuran dengan minima dua kali dan maksima enam kali pembayaran tanpa faedah dalam tempoh tertentu. Dengan ini pembeli dapat mengagihkan kos pembelian dalam skala masa yang ditetapkan. Tambahan, pembeli boleh menjangkakan apa yang ingin dibeli dan kekerapan pembelian berlaku dalam tempoh masa tertentu. Lazimnya, pelan pembayaran ini tidak mengenakan faedah yang mana ia mengujakan pembeli, cuma sedikit caj akan dikenakan sekiranya pembayaran lewat dilakukan. Sekiranya perkara ini terjadi, akaun pembeli akan disekat daripada melakukan BNPL seterusnya sehinggalah pembayaran dibuat. Terdapat sesetengah penyedia servis BNPL yang akan mengamalkan “return policy” dimana pembeli perlu menghantar barangan tersebut dan menyelesaiakan pembayaran terlebih dahulu.
Model bisnes ini telah ditawarkan dibeberapa negara maju seperti Australia, USA dan Eropah dengan memperkenalkan sistem yang sama tapi terma nama yang berbeza. Klarna, Afterpay, Splitit, Zippay antara yang menjadi keseronokan Generasi Milenial di negara tersebut. Difahamkan transisi dari tradisional ke era digital ini diperkenalkan ekoran tercetus krisis kewangan dunia tahun 2008 dan makin pesat semasa pandemik.
Dari aspek penjual ia membantu untuk mengekalkan prestasi perniagaan. Ini kerana pengenalan kaedah kini merupakan salah satu cara yang ditawarkan oleh penjual untuk menggalakan pembelian segera dan sekaligus meningkatkan jualan. Namun, jika dilihat dari aspek kepenggunaan, ia agak membebankan terutamanya sekira tiada pengawasan dan tatacara yang betul. Kalau ditanya golongan muda, mereka sanggup menikmati segala yang diiingini dan menyelesaiakan hutang secara ansuran di masa hadapan. Mereka tidak ambik kira risiko yang akan ditempuhi. Terdapat pelbagai kaedah BNPL yang ada dalam pasaran seperti Atome, Hoolah, myIOU dan beberapa lagi.
Atome:
“Available to me” adalah nama singkatan untuk Atome dan merupakan BNPL yang terbesar di Asia. Atome yang berpengkalan di Singapura kini sudah memiliki lebih 100 peniaga luar dan dalam talian yang berdaftar. Starbucks, Agoda, Zalora, Sephora antara yang menjadi gilaan ramai.
Hoolah:
Hoolah juga berasal dari negara seberang, Singapura. Era fintech ini telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2018 dan berkerjasam dengan beberapa syarikat peruncitan yang membolehkan pembeli dan pengguna mendapatkan apa yang diingi secara bayaran ansuran 3 bulan tanpa faedah Nike, Charles and Keith, Bata antara jenama yang tersenarai dalam Hoolah.
myIOU:
Perkhidmatan BNPL yang diselia oleh IOUPAY yang bertujuan untuk menampung pasaran “cashless” yang tengah meningkat di Malaysia mahupun Asia. Terdapat beberapa rakan strategik yang berkoloborasi seperti Darson, Gintell, Sengheng dan beberapa lagi
Sebagai kesimpulan, ianya berbalik kepada matlamat, setiap model yang diperkenalkan ada kebaikan dan keburukan. Terpulang kepada kita sebagai pengguna untuk memikirkan samada kita benar-benar mampu atau sebaliknya untuk membayar ansuran termasuk menanggung caj tersembunyi dengan berhemah.
BNPL masih menjadi mimpi indah bila mana apa yang diingini boleh dimiliki malah igauan ngeri sekiranya ketidakuyaan membayar mungkin boleh memudaratkan status laporan kredit kelak.
Oleh itu bak kata dua pepatah lama:
Tepuk dada tanya selera dan
Cermat semasa banyak, jimat sewaktu sikit.
In the last few decades, humanity has mounted a seminal test: addressing the environmental crisis of excessive dependence on fossil fuels.
The circular economy (CE) is staging a fast-paced ramp-up as an innovative sustainable development model, giving strong competition to the traditional linear way of production-consumption-disposal where a product is made, used, and finally discarded.
The World Economy is currently at a standstill as the craving for growth is now being made to appreciate the need for sustainability. “Take-make-dispose” led the traditional economic systems to the unsustainable way, that is the use of resources, environmental degradation, and waste production.