• Tue, May 2024

CABARAN DAN KECEKALAN USAHAWAN WANITA DALAM MENGHADAPI FASA PANDEMIK COVID-19

CABARAN DAN KECEKALAN USAHAWAN WANITA DALAM MENGHADAPI FASA PANDEMIK COVID-19

Usahawan wanita merupakan tunggak kepada pembangunan ekonomi negara. Ini terbukti apabila perniagaan milikan wanita telah menyumbang sebanayak RM69.1 billion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar di samping telah membuka peluang pekerjaan kepada lebih 786.132 pekerja pada 2021.

Pelbagai usaha dilakukan bagi mempertingkatkan penglibatan dan sumbangan usahawan wanita dalam mencapai wawasan negara. Terdapat peningkatan pertubuhan Milikan Wanita dalam pelbagai sektor antaranya pertanian, perlombongan dan pengkuarian, pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan.  Bancian daripada Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2016, semakin ramai wanita dilihat menceburi bidang keusahawanan dan peratusan perniagaan milikan wanita yang berdaftar adalah 20.6 peratus atau 187,000 perniagaan daripada keseluruhan 907,065 perniagaan. Untuk rekod pada 2015, jumlah peratusan sumbangan pertubukan Milikan Wanita ini adalah sebanyak 20.3 peratus dari keseluruhan sektor ekonomi. Namun demikian, kesan daripada pandemik Covid-19, jumlah pengganguran semakin meningkat disebabkan penutupan premis secara separa atau sepenuhnya dan ramai golongan usahawan wanita terjejas.

Berdepan dengan pandemik Covid-19, usahawan wanita perlu cekal bagi mempertahankan perniagaan mereka daripada terus jatuh dan tutup perniagaan. Golongan ini perlu mengambil inisiatif yang lebih mendalam bagi meningkatkan perniagaan mereka sebagai contoh dengan memasarkan produk mereka ke luar negeri dan seterusnya ke luar negara dan beralih kepada platform e-dagang. Data menunjukaan peningkatan 101 peratus peniaga yang telah beralih kepada platform e-dagang iaitu daripada 244,000 peniaga pada suku pertama 2020 kepada 490,000 peniaga pada suku pertama 2021.

Pelbagai usaha dan program yang diadakan bagi membantu golongan usahawanan wanita ini, antaranya penganjuran Program Kepimpinan dan Keusahawanan Wanita 2022 yang bertempat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Program ini diketuai oleh Prof Madya Dr Noorshella Che Nawi selaku Pengarah Pusat Penyelidikan dan Keusahawanan Inovasi Global (GERIC) di bantu oleh Dr Siti Afiqah Zainuddin Felo Bersekutu GERIC. Program ini telah mengumpulkan usahawan wanita dari seluruh negara.

Antara program yang diadakan dan dapat membantu usahawan wanita meningkatkan perniagaan mereka adalah pendedahan oleh MATRADE untuk memasarkan produk mereka ke luar negara. Dengan menggunakan pemasaran digital dapat meningkatkan hasil jualan mereka hingga ke luar negara. Usahawan wanita luar Bandar khusnya perlu memanfaatkan pemasaran digital ini bagi memasarkan produk mereka secara atas talian. Inisiatif ini adalah strategi di bawah Teras Dua Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) iaitu Keusahawanan Pemacu Pembangunan Ekonomi menerusi pernyataan dasar Membangun Produk dan Memperluas Pasaran Termasuk Pemasaran Perniagaan Dalam Talian”. Saluran ini adalah satu langkah yang sangat berkesan supaya produk mereka tidak ketinggalan dan disamping dapat meluaskan pasaran mereka sehingga melangkau pasaran seluruh dunia.

Dalam fasa pemulihan kesan pandemik Covid-19, sudah tiba masanya usahawan wanita bangkit semula dengan memperkasakan pendigitalan produk keluaran mereka sekali gus dapat memulihkan ekonomi dan pendapatan mereka. Selain itu juga, Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dilihat sebagai instrumen yang dapat membantu wanita di negara ini terus berperanan penting dalam memacu ekonomi negara terutama ketika pandemik COVID-19. Dana yang diberikan oleh kerajaan kepada PEMERKASA bernilai RM20 billion membabitkan 20 inisiatif termasuk Prihatin Wanita bagi memperasakan usahawan wanita negara ini. Selain itu, dana RM30 juta melalui Kempen e-Dagang PKS dan PKS Mikro serta Program Shop Malaysia Online bagi membantu mereka beralih ke pasaran dalam talian, kerajaan juga menyediakan sejumlah RM50 juta bagi Skim Pembiayaan Mikro PEMERKASA-NITA.

Usahawan wanita perlu bertindak proaktif dalam penerapan dunia teknologi dalam perniagaan mereka khususnya kepada perusahaan kecil dan sederhana. Golongan ini akan mengukuhkan  dan meningkatkan produktiviti sekiranya mereka bertindak proaktif dalam penguasaan teknologi bagi menghadapa fasa peralihan ke endemic Conid-19. Mereka perlu mengadaptasi perkembangan teknologi dan mengorak langkah lebih awal dengan strategi berteknologi dalam pengurusan perniagaan. Kajian yang dilakukan oleh World Development Report (WDR) pada 2020, Google, YouTube dan Facebook antara 10 laman web paling banyak dikunjungi di 62 dari 77 negara berpendapatan rendah serta sederhana. Kadar penggunaan yang tinggi untuk ketiga-tiga website ini dan ini terbukti keusahawanan berlandaskan teknologi denagn pembagunan inovasi dapat mengaut keuntungan yang tinggi walaupun banyak negara sebelum ini melaksanakan kawalan pegerakan penuh (PKP). Oleh yang demikian, usahawan wanita perlu bijak dan proaktif merebut peluang perniagaan yang ada.