THE GREEN REVOLUTION: HOW RENEWABLE ENERGY IS RESHAPING THE FUTURE
In the last few decades, humanity has mounted a seminal test: addressing the environmental crisis of excessive dependence on fossil fuels.
Sukan elektronik (e-sports) adalah fenomena industri permainan dalam talian yang telah mencapai pengiktirafan global dan berpotensi untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara.
Menerusi Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), salah satu agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pernah menyarankan rakyat Malaysia terutama belia yang aktif atau pernah terlibat dengan e-sports membantu dalam pengumpulan data kaji selidik. Dapatan ini bertujuan untuk melihat ekosistem sukan ini dan apa yang kerajaan terutam KBS mampu lakukan supaya e-sports ini boleh membawa negara ke mercu yang lebih baik. menerusi pembangunan dasar dan strategi.
Secara realitinya, stereotaip jantina berlaku memandangkan e-sports dikategorikan sebagai sukan yang rata-ratanya di dominasi oleh lelaki kerana faktor pemain. Namun dewasa ini, keterlibatan golongan Wanita dalam arus sukan ini tidak dipandang remeh. Sukan ini dilihat boleh menjurus kepada perpaduan dan komunikasi efektif sesama pemain dalam pasukan. Ini kerana ia memerlukan semangat berpasukan dalam menentukan kejayaan di setiap pertandingan yang disertai dan perlu membuat keputusan strategi dengan lebih cepat untuk bersaing secara sihat dengan pihak lawan.
E-sports ini melakarkan kepada kebaikan dan keburukan tersendiri. Dari sudut positif, pemain boleh meningkatkan kemahiran berfikir, daya saing dan disiplin yang tinggi. Manakala implikasi negatifnya adalah dilihat sebagai ketagihan tahap kesihatan deria dan tingkah laku agresif. Revolusi teknologi sukan ini telah merubah konteks dan peranan permain digital itu sendiri kerana sifatnya yang sangat interaktif, menghubungkan pemain tanpa batasan sempadan di mana mereka boleh berhubung dalam komuniti setempat secara maya.
Dengan penerimaan yang baik, e-sports telah diangkat sebagai salah satu acara sukan Asia 2022 dan sukan Olimpik 2024. Malahan Malaysia tengah giat untuk memperkasakan pembangunan sukan ini supaya menjadi aspirasi kepada golongan muda untuk mereka menonjolkan bakat dan kebolehan bersaingan di peringkat tertinggi. PUBG, Mobile Legend Bang Bang, DOTA,Street Fighter adalah antara beberapa jenis permainan yang digilai oleh golongan muda hari ini. Di samping itu, pendedahan potensi e-sports dilihat menjadi pemangkin masa depan yang cerah selari dengan perkembangan ekonomi digital sekarang. Berdasarkan kepada penerimaannya, e-sports mempunyai potensi sebagai kerjaya dan menjadi salah satu sumber penjanaan ekonomi.
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) adalah salah satu agensi yang dimandatkan untuk memupuk bakat tempatan susulan semakin banyak kejohanan dan acara berkaitan dengannya diadakan. Pelbagai inisiatif perintisan telah diperkenalkan untuk menyokong pengembangan industri tersebut, penganjuran acara antarabangsa di negara ini supaya hasrat ini dapat direalisasikan. Malahan dalam Belanjawan 2024, peruntukan sebanyak RM30juta membuktikan Malaysia bersunguh-sungguh untuk menjadikan destinasi hab sukan dirantau Asia.
Oleh itu ia boleh disimpulkan bahawa semua pihak harus menyokong pertumbuhan industri e-sports yang mencatatkan pulangan memberangsangkan selain menjana kreativiti dan potensi diri. Ekonomi digital ini menjana peluang pekerjaan baru, memberikan pulangan lumayan dan melahirkan penggiat permainan digital profesional tempatan dan antarabangsa. Pelbagai pihak perlu optimis dalam penganjuran kejohanan e-sports yang berpotensi membuka peluang kepada profesion dan menghimpunkan pemain atau penggiat industri termasuk Key Opinion Leader (KOLs), jenama pakaian e-sports, dan pelbagai lagi.
In the last few decades, humanity has mounted a seminal test: addressing the environmental crisis of excessive dependence on fossil fuels.
The circular economy (CE) is staging a fast-paced ramp-up as an innovative sustainable development model, giving strong competition to the traditional linear way of production-consumption-disposal where a product is made, used, and finally discarded.
The World Economy is currently at a standstill as the craving for growth is now being made to appreciate the need for sustainability. “Take-make-dispose” led the traditional economic systems to the unsustainable way, that is the use of resources, environmental degradation, and waste production.