THE GREEN REVOLUTION: HOW RENEWABLE ENERGY IS RESHAPING THE FUTURE
In the last few decades, humanity has mounted a seminal test: addressing the environmental crisis of excessive dependence on fossil fuels.
Keperluan kerjaya hari ini lebih mencabar, semua nak cepat, banyak urusan perlu multitask. Sebab itulah ada majikan yang merasakan lebih baik pilih calon yang jenis tidak bergantung dan ada kemahuan nak belajar walaupun pointer taklah gempak sangat.
Biasa sangat kita dengar, syarat dah cukup, keputusan peperiksaan pun hebat, tapi kerja idaman masih tak dapat. Macam tak logik pula majikan tak terkesima tengok keputusan baik dari transkrip pengajian graduan yang sedang mohon kerja. Kenapa agaknya ya? Jom rapat, meh sini Madam Awin nak kongsi cerita.
Jangan tak tahu, memang ada graduan universiti yang tak tahu guna emel ye. Isu graduan tak tahu guna emel ni, memang mencemar imej graduan lah. Entah-entah yang sedang membaca ni pun tak tahu guna emel dengan betul. Dalam terdesak nak kerja, banyak emel dah dihantar, tapi masih tiada majikan yang respon. Kenapa agaknya ya? Kalau betul graduan serius nak jawatan idaman, jom lihat konteks emel yang disukai dari kaca mata majikan.
Nama pengirim
| Takkanla guna email zaman muda remaja beruangcomel@gmail.com pulak. Ciptalah alamat emel yang formal untuk minta kerja. |
Tajuk Emel
| Short and simple is sweet . Tak pernah dengar ke? Hah sekarang dah pernah dengar, sila amalkan. ‘Permohonan Jawatan Pegawai Akaun’. Hah cukup tajuk emel setakat tu. Jangan biarkan kosong ya, sebab ini dianggap tindakan orang yang malas dan tidak serius.
|
Kandungan Emel
| Tak tahu nak mulakan macam mana? Nak bagi salam ke? Lelaki ke perempuan? Tak payah pening-pening. Mulakan saje dengan ‘Tuan’. Perkenalkan diri dengan tulis nama penuh dan tujuan emel dihantar adalah sebab nak mohon jawatan apa. Kemudian sambung lagi, tulis bahawa maklumat lanjut pasal diri anda boleh dilihat dalam lampiran yang disertakan. Selepas itu beritahu juga, nombor telefon untuk dihubungi kalau pihak organisasi perlukan maklumat lanjut.
Ni Madam Awin nak bagi tips siket. Anda letak nombor telefon dalam ruang isi kandungan emel maknanya anda yakin dengan diri dan anda adalah orang yang bertanggungjawab terhadap apa yang ditulis dan dikongsikan. Anda bersedia dihubungi bila-bila masa sebagai tanda komited dengan kerja yang sedang dimohon. Akhir sekali, guna bahasa dan ayat yang sopan santun, tiada kesalahan ejaan, jangan guna singkatan untuk perkataan yang ditulis. Ingat ya, ini adalah permohonan rasmi. Jangan lupa juga akhiri dengan ucapan terima kasih.
|
Surat ( Cover Letter )
| Ni subjektif sikit. Nak buat boleh, tak buat pun boleh. Selain kepilkan dokumen biasa seperti resume, cv, sijil atau keputusan peperiksaan, boleh juga kepil cover letter . Aduh malasnya zaman apa ni surat-surat pun nak kena tulis lagi. Tahukah anda surat ni menunjukkan kesungguhan anda sebenarnya. Almaklum dalam surat rasmi anda akan perlu masukkan nama pemilik/ pengurus dan alamat organisasi, maknanya anda buat semakan latar belakang organisasi dan ini adalah usaha tambahan yang anda dah buat tanpa perlu disuruh. Sangat WOW di mata majikan. So nasihat Madam Awin, tulislah surat ini. Kalau tetap tak mahu buat satu dokumen khas untuk surat ni, pastikan isi kandungan emel anda kemas dan jelas.
|
Lampiran
| Nama fail untuk lampiran-lampiran yang anda sertakan tu, biarlah semenggah dan sesuai dengan dokumen itu. Pastikan orang yang nak buka lampiran tahu apa info yang dia boleh dapat bila buka dokumen. Kalau resume, tulis nama fail resume. Kalau sijil ijazah, tulislah nama fail sijil ijazah. Sebenarnya nak lampir apa dalam emel tu, hanya perlu ikut arahan dalam iklan kerja kosong tu. Kalau dimohon hantar resume, jadi beri resume sahaja pun ok. Kalau kandungan resume menambat hati majikan, mereka akan contact anda. Hanya pastikan tajuk emel dan isi kandungan emel jelas macam tips yang Madam Awin sudah terangkan.
Mengenai lampiran, Madam Awin nak kongsi cerita yang amat biasa terjadi. Banyak kes, pemohon hantar email dengan hanya lampir dokumen resume. Mentang-mentanglah dalam iklan suruh hantar resume je kan? Tajuk tiada, isi kandungan emel pun tiada, tiba-tiba ada lampiran sahaja. Apa kamu ingat majikan boleh buat telepati baca fikiran kamu? Kalau Madam Awin terima permohonan begini, memang sah tak akan buka pun lampiran emel ini. Sayonara terus sebab tuhan sudah bagi petunjuk ada calon acuh tak acuh sedang minta kerja.
|
Dalam banyak-banyak tersenarai, Madam Awin berpendapat yang paling kritikal ialah isi kandungan emel dan calon tak salah guna ruangan tajuk dan isi kandungan emel itu. Yang lain tu bolehlah kalau nak pejam mata sebelah lagi. Iyalah, sebagai majikan mereka pun faham yang kita semua adalah manusia ciptaan Tuhan dengan karektor kita berbeza. Jadi mungkin beruangcomel@gmail.com inilah yang akan menceriakan hari-hari semua staf masa bekerja kalau beliau terpilih.
Nak tahu tak kenapa ramai majikan suruh hantar resume ikut email? Sebenarnya organisasi sedang menilai anda dari emel anda itu. Sebab di mata majikan, dia nak tawarkan kerja itu bukan setakat nak penuhkan jawatan yang kosong tu. Dia nak tengok juga yang calon boleh bekerja dengan staf sedia ada. Emel dari anda seolah-olah mencipta cinta pandang pentama. Eh macam mana tengok emel pun boleh jatuh cinta? Tahukah anda, emel dari anda beri first impression yang anda boleh guna komputer dan boleh berkomunikasi dengan baik dengan pemegang taruh organisasi, terutamanya staf dan pelanggan. Kalau majikan jatuh cinta, semestinya dia akan hubungi anda untuk fasa seterusnya.
Kalau dalam iklan jawatan kosong suruh emel permohonan, ikutlah arahan yang diberi. Kalau nak hantar hardcopy juga, terpulanglah. Tapi jangan pelik kenapa organisasi tak panggil-panggil sebab anda nampaknya jenis tak faham arahan.
Majikan bukan nak agah deh. Cuma majikan pun ada hak memilih, serupa graduan pun ada hak nak pilih kerja dan gaji kan? Yelah, gaji anda dia yang kene bayar bila cukup masa, silap-silap majikan pun tak merasa gaji bulan tu sebab nak dahulukan pekerjanya dapat gaji dulu. Kalau tak bayar boleh disaman, atau kena viral pula dengan staf sendiri. Ramai saja majikan yang sanggup bayar gaji lebih kalau calon tu boleh kurangkan sakit kepala dia. Ini tidak, gaji nak tebal, tapi nak kene diajar satu-satu benda yang logiknya common sense. Sekali ajar tak cukup pula tu, adoi. Letih weh! Percaya tak dari emel anda ni, boleh juga beri petunjuk yang anda ni ada atau tak common sense yang diharapkan.
Keperluan kerjaya hari ini lebih mencabar, semua nak cepat, banyak urusan perlu multitask. Sebab itulah ada majikan yang merasakan lebih baik pilih calon yang jenis tidak bergantung dan ada kemahuan nak belajar walaupun pointer taklah gempak sangat. Tapi jangan salah paham ya. Majikan masih mengharapkan graduan dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Tapi kalau diberi pilihan graduan pointer gempak vs. graduan cepat belajar dan tidak bergantung, jangan terkejut bila organisasi pilih calon yang kedua.
Kalau graduan dah usaha dan buat yang terbaik, jangan risau, teruskan berdoa dan tawakal. Majikan pun sedang buat yang sama juga untuk memilih staf. Peringkat awal, majikan hanya ada emel anda sahaja untuk menilai anda. Majikan doa dan tawakal juga yang dia juga akan dapat pekerja yang boleh bantu dia.
Kini, ramai graduan turut memilih untuk bekerja sendiri atau membuka perniagaan sendiri. Bermakna graduan ni akan berada di posisi yang dipanggil majikan. Hah masa ni anda akan tahu yang anda pun ada sifat cerewet dan memilih bila mahu menggaji staf.
Jemput guna tips dari Madam Awin kalau nak minta kerja melalui emel. Pastikan anda luang masa secukupnya untuk semak dan hasilkan emel yang kemas. Janganlah buat emel setakat ada dan hantar hanya setakat hantar saja. Apa awak ingat awak seorang sahaja minta jawatan itu? Manusia ini ada sifat suka menilai walaupun masih belum mengenali, jadi tak salah biar orang nilai kita yang baik-baik pada kali pertama berkomunikasi.
Kalau yang baca ni ialah berpangkat ibu, bapa, kakak, abang keluarga, cikgu, pensyarah atau ada kenalan yang tengah cari kerja, kongsikan maklumat ni. Jom tolong graduan kita!
In the last few decades, humanity has mounted a seminal test: addressing the environmental crisis of excessive dependence on fossil fuels.
The circular economy (CE) is staging a fast-paced ramp-up as an innovative sustainable development model, giving strong competition to the traditional linear way of production-consumption-disposal where a product is made, used, and finally discarded.
The World Economy is currently at a standstill as the craving for growth is now being made to appreciate the need for sustainability. “Take-make-dispose” led the traditional economic systems to the unsustainable way, that is the use of resources, environmental degradation, and waste production.