THE GREEN REVOLUTION: HOW RENEWABLE ENERGY IS RESHAPING THE FUTURE
In the last few decades, humanity has mounted a seminal test: addressing the environmental crisis of excessive dependence on fossil fuels.
Sejak pandemik Covid-19 melanda negara pada tahun 2020 dan 2021, tidak dapat dinafikan semakin ramai anak muda yang bekerja keras mencari nafkah untuk kelangsungan hidup dan memperbaiki taraf kehidupan mereka.
Ini dilihat selari dengan data yang dikongsikan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang menunjukkan lebih 72 peratus pelajar memilih untuk tidak melanjutkan pelajaran selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Mantan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata, senario ini berlaku disebabkan oleh rantaian peristiwa dan pelbagai krisis yang terjadi di keliling kita.
"Justeru terdapat sebahagian anak muda terpengaruh dengan 'jutawan segera' media sosial dan dunia maya yang memudahkan pelbagai perkara termasuk pemasaran diri dan produk. Malah lebih parah apabila sebahagian mereka menganggap pendidikan sudah tidak penting," katanya.
Pandemik Covid-19 juga dilihat membuka peluang dunia perniagaan seiring dengan lonjakan dunia teknologi dan media sosial yang pesat. Kini segalanya boleh diperolehi dalam talian, samada barang keperluan atau perkhidmatan. Media sosial juga menyebabkan munculnya ramai pempengaruh dengan pelbagai 'content'. Sesiapa sahaja boleh mencipta apa jua ‘content’ dan seandainya ‘content’ tersebut tular dan mempengaruhi ramai penonton untuk menjadi pengikut, maka pempengaruh akan mendapat durian runtuh- mereka bukan sahaja terkenal tetapi mampu menjana pendapatan dari ‘content’ yang dihasilkan. Ini telah menyebabkan sebilangan anak muda menganggap bahawa pendidikan tinggi tidak lagi penting dan relevan kepada mereka kerana sesiapa saja boleh mencipta kejayaan dan hidup senang-lenang dengan hanya mencipta ‘content’ di media sosial. Namun, ramai yang alpa bahawa yang membezakan mutu ‘content’ yang dihasilkan adalah ilmu pengetahuan dan nilai yang diketengahkan. Ini penting demi pembangunan individu yang positif dan berdaya maju, sekaligus mampu menyediakan anak muda yang mempunyai mutu masa depan yang lebih baik.
Dr Faisal Rafiq berkata, pendidikan tinggi akan menjadikan seseorang itu mempunyai kebolehan untuk membuat keputusan yang bijak, mempunyai pemikiran yang kritis dan berpandangan jauh serta mempunyai daya saing yang tinggi. Tanpa ilmu, kebolehan sebegini akan tersekat dan ini akan menyebabkan masyarakat dan negara tertinggal jauh di belakang negara-negara maju yang rakyatnya gigih berusaha dan bersaing untuk menguasai ilmu.
Oleh yang demikian tegas beliau, adalah sangat penting untuk mengubah persepsi masyarakat bahawa universiti adalah kilang pengeluar tenaga kerja semata-mata. Sebaliknya apa yang perlu dibangunkan oleh setiap universiti adalah sumber manusia yang mempunyai kematangan, kepakaran dan kebolehan untuk bekerja dan berinteraksi dengan baik antara satu sama lain walaupun mereka mempunyai sifat, kelakuan dan sikap yang majmuk.
Universiti mempunyai peranan yang besar dalam menghasilkan pelajar mempunyai pemikiran kritis yang telus, mempunyai bakat yang dipupuk dan boleh berkembang maju, berinovasi, kreatif, mampu bersaing dan mampu menyesuaikan diri dalam persekitaran yang dinamik dan mencabar. Selain itu, universiti juga mempunyai tanggungjawab besar untuk mendewasakan pelajar dalam melengkapkan diri mereka dengan nilai-nilai yang boleh membina peribadi unggul. Tidak kurang pentingnya, universiti juga bertanggungjawab dalam memastikan pelajar memiliki kepakaran yang diperlukan sebagai persediaan untuk masuk ke dunia pekerjaan yang sebenar. Malaysia juga dijangka mencapai status negara berpendapatan tinggi di antara tahun 2025 hingga 2026 haruslah mempunyai rakyat dan pekerja yang berkemahiran tinggi. Justeru, penekanan kepada tahap pendidikan dan kemahiran yang lebih tinggi adalah cara yang tepat untuk mengatasi masalah kos sara hidup yang semakin meningkat.
In the last few decades, humanity has mounted a seminal test: addressing the environmental crisis of excessive dependence on fossil fuels.
The circular economy (CE) is staging a fast-paced ramp-up as an innovative sustainable development model, giving strong competition to the traditional linear way of production-consumption-disposal where a product is made, used, and finally discarded.
The World Economy is currently at a standstill as the craving for growth is now being made to appreciate the need for sustainability. “Take-make-dispose” led the traditional economic systems to the unsustainable way, that is the use of resources, environmental degradation, and waste production.