• Fri, Apr 2024

KELESTARIAN ENTITI PERNIAGAAN “SOCIAL ENTERPRISE” SEBAGAI PLATFORM KEUSAHAWANAN SOSIAL DI MALAYSIA

KELESTARIAN ENTITI PERNIAGAAN “SOCIAL ENTERPRISE” SEBAGAI PLATFORM KEUSAHAWANAN SOSIAL DI MALAYSIA

Kemunculan keusahawanan sosial sebagai salah satu cabang keusahawanan telah mendapat perhatian dunia setelah kejayaan Grameen Bank sebagai satu medium baharu dalam pembasmian kemiskinan di Bangladesh

Kemunculan keusahawanan sosial sebagai salah satu cabang keusahawanan telah mendapat perhatian dunia setelah kejayaan Grameen Bank sebagai satu medium baharu dalam pembasmian kemiskinan di Bangladesh. Keusahawanan sosial telah membuka satu dimensi baharu dengan menggunakan perniagaan sebagai medium pembangunan komuniti dan bukan hanya keuntungan peribadi semata-mata. Oleh yang demikian, entiti perniagaan di dalam keusahawanan sosial dilihat sebagai entiti hibrid yang mempunyai dua objektif utama iaitu; organisasi yang berasaskan keuntungan dan organisasi yang menggunakan majoriti keuntungannya untuk kepentingan sosial. Di beberapa negara, kita dapat milihat entiti perniagaan di dalam keusahawanan sosial ini telah diberi pengiktirafan oleh kerajaan dengan beroperasi melalui entiti perniagaan tersendiri yang ditadbir urus menerusi rangka perundangan yang khusus. Sebagai contoh, Community Interest Company Regulation 2005 di United Kingdom, B Corps di Amerika Syarikat dan Community Contribution Company di Kanada.

Di Malaysia, kepentingan keusahawanan sosial ini telah mula mendapat perhatian sebagai salah satu usaha dalam pembangunan sosio ekonomi rakyat. Pelbagai usaha telah dan sedang giat dilaksanakan oleh kerajaaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, dan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) dalam memperkasakan keusahawanan sosial. Pada tahun 2019, Kerajaan Malaysia telah melancarkan Garis Panduan untuk Akreditasi Keusahawanan Sosial untuk mengenali dan menentukan status, dan juga ruang lingkup aktiviti perniagaan di dalam keusahawanan sosial di Malaysia. Dengan garis panduan ini hanya entiti yang mampu menghasilkan keuntungan sendiri, dan menggunakan majoriti keuntungan pada pembangunan sosial dan alam sekitar layak diiktiraf sebagai perniagaan di dalam keusahawanan sosial.

Bagi menggalakkan pertubuhan organisasi ini kerajaan juga telah memberi pengurangan cukai 10 peratus bagi mereka yang menyumbang kepada organisasi keusahawanan sosial yang diiktiraf dan mempromosikan organisasi dalam pangkalan data kerajaan, beberapa insentif telah disampaikan. Terkini, Kementerian Pengajian Tinggi Negera juga telah memulakan langkah bijak dengan memperkenalkan kursus keusahawanan sosial di peringkat Universiti. Usaha ini dapat memupuk minat pelajar untuk menceburkan diri dalam cabang keusahawanan ini.

Namun disebalik usaha-usaha ini, organisasi keusahawanan sosial di Malaysia harus beroperasi disebalik entiti perniagaan komersial sedia ada. Di antara entiti-entiti perniagaan di Malaysia adalah Milikan Tunggal , Perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad dan Syarikat terikat kepada pelbagai undang-undang mengikut entiti yang dipilih seperti Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, Akta Perkongsian 1961, Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 dan Akta Syarikat 2016. Secara faktanya, kesemua entiti perniagaan ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan perniagaan bagi pengasasnya semata-mata. Sebagai contoh objektif utama penubuhan syarikat persendirian adalah untuk memberi keuntungan kepada pemegang saham dan bukannya faedah