• Sun, Apr 2024

LIMA AHLI AKADEMIK UMK TELAH MENGIKUTI PROCEED 3.0 2023

LIMA AHLI AKADEMIK UMK TELAH MENGIKUTI PROCEED 3.0 2023

Nilai, 29 Oktober 2023 - Pada 23 Oktober hingga 29 Oktober 2023, lima ahli akademik dari pelbagai fakulti di UMK telah mengambil bahagian dalam program Proficiency Certificate for Entrepreneurship Educator (ProCEED) 3.0 di Institut Kepimpinan dan Pembangunan, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.

Program tersebut menyaksikan kehadiran 78 peserta, terdiri daripada ahli akademik dan staf pentadbir dari peringkat tertinggi, mewakili 19 institusi pengajian tinggi, politeknik, dan kolej komuniti. ProCEED dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dengan kerjasama MASMED UITM, MDEC, dan StartLah Innovation PLT.

Tujuan utama ProCEED adalah untuk meningkatkan penguasaan dan pengetahuan ahli akademik dalam bidang keusahawanan, dengan tumpuan khusus kepada pemasaran digital dan inovasi dalam pendidikan keusahawanan.

Sepanjang tempoh program, peserta diberi peluang untuk mengikuti pengisian yang pelbagai, termasuk lawatan ke inkubator penanaman "rock melon" dengan menggunakan Internet of Things (IOT), makmal membaik pulih "smart phone", makmal menjahit, dan bengkel pembuatan roti. Manakala, sesi pemasaran digital pula menyentuh aspek-aspek seperti penggunaan WhatsApp Business, FB Marketplace, photography, videography, TikTok Seller, dan kaedah mewujudkan beg kuning serta menjadikan produk sebagai "affiliate".Bagi sesi pemasaran digital, peserta dibimbing oleh dua orang "coaches" yang telah dilantik oleh MDEC.

Manakala sesi inovasi pendidikan keusahawanan dikendalikan oleh perunding dari syarikat StartLah Innovation PLT. Antara pengisian yang diberikan oleh StartLah termasuk konsep "Effectual Entrepreneurship", mazhab-mazhab dalam Pendidikan Keusahawanan, kajian kes inovasi dalam Pendidikan Keusahawanan, alat/kanvas utama dalam Pendidikan Keusahawanan seperti "Value Proposition Canvas" dan "Business Model Canvas", "GrowthWheel: 20 Fokus Business", serta "Design Thinking" untuk Pendidik Keusahawanan.

Program diakhiri dengan tugasan yang memerlukan peserta mencipta prototaip malah mereka dikehendaki membuat pembentangan terhadap prototaip yang telah dibangunkan tersebut. Penglibatan yang aktif dan komitmen oleh peserta sepanjang program mencerminkan kesungguhan mereka terhadap menguasai kemahiran pendidikan keusahawanan sekaligus membantu merancakkan lagi perkembangan pendidikan keusahawanan di institusi pengajian tinggi Malaysia.

*Jika berminat untuk mendapatkan bahan ProCEED 3.0, email ke syakir@umk.edu.my

Ahmad Syakir Junoh @ Ismail

Pengajar subjek keusahawanan Suka meneroka cabang baharu dalam perniagaan Suka berkongsi kemahiran dan tips berkaitan perniagaan