• Mon, Apr 2024

LIMA LANGKAH MENJADI JOKI PROFESIONAL DI TIKTOK

LIMA LANGKAH MENJADI JOKI PROFESIONAL DI TIKTOK

Wujudkan akaun TikTok Seller. Akaun ini sama sekali berbeza daripada akaun peribadi TikTok anda malah ikon TikTok Seller juga berbeza justeru sebagai permulaan anda perlu muat turun aplikasi TikTok Seller.

Pertama (Daftar TikTok Seller)

Wujudkan akaun TikTok Seller. Akaun ini sama sekali berbeza daripada akaun peribadi TikTok anda malah ikon TikTok Seller juga berbeza justeru sebagai permulaan anda perlu muat turun aplikasi TikTok Seller. Sejurus selepas itu daftar akaun tersebut. Pendaftaran boleh dibuat dengan menggunakan pengenalan diri atau pendaftaran syarikat. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, membuka akaun di TikTok Seller menggunakan pendaftaran syarikat memberi manfaat yang lebih.

Kedua (Promosi akaun TikTok Seller anda)

Setelah akaun berjaya didaftarkan dengan tetapan tertentu serta pengesahan daripada pihak TikTok maka lakukan promosi terhadap akaun TikTok Seller anda sehingga jumlah pengikut anda sekurang-kurangnya 1000. Bagi tujuan mencapai jumlah pengikut 1000 antara strategi yang anda boleh lakukan ialah mencipta content dengan menggunakan ayat " im newbie please follow me, i will follow u back", like, follow, share. Selain ayat tersebut anda perlu menggunakan audio yang hangat dimainkan di TikTok. Berdasarkan pengalaman dan maklumat yang sahih, strategi yang dinyatakan telah membolehkan satu akaun tiktok mempunyai pengikut 1000 kurang daripada seminggu.

Ketiga (Sediakan ruang serta kelengkapan menjual)

Bukan barang jualan tetapi peralatan dan perkakas yang diperlukan semasa menjalankan jualan. Persediaan ini penting dalam memastikan jualan yang dibuat adalah berkualiti sekaligus menarik minat para pengikut untuk berkongsi dengan pengikut yang lain dan akhirnya membuat pembelian. Antara kelengkapan asas yang diperlukan ialah smart phone, ring light, microphone, stand dan keperluan-keperluan lain yang difikirkan bersesuaian.

Keempat (Membuat jualan live secara berkala)

Rancang jadual membuat jualan secara live bagi memastikan pengikut berkesempatan untuk mengikuti live yang dilaksanakan. Pemakluman awal berkenaan masa dan hari jualan secara live akan dilaksanakan membantu meningkatkan jumlah pengikut yang melihat. Secara asasnya, bilangan pengikut atau penonton akan menentukan peratusan penonton sebagai pembelian (conversion rate). Selain itu, pemakluman awal atau pelaksanaan jualan live secara berkala membantu pengikut berkongsi dengan kenalan mereka yang lain.

Kelima (Call to Action dan tawaran tertentu ketika sesi live)

Call to action merujuk kepada pujuk rayu yang perlu penjual live ulang lagi dan lagi semasa live dilakukan. Ayat seperti "sila lock sekarang item ini kerana bilangan terhad", "tap2 screen dan share2 bagi yang baru masuk", "terima kasih kerana setia dalam sesi live". Penggunaan ayat ini bagi secara tidak langsung memberikan pengikut rasa dihormati dan dihargai. Selain itu penjual juga perlu membantu para pembeli yang ingin membuat pembelian secara live dengan menekan beg kuning selain memaklumankan kepada pembeli langkah dan tindakan yang perlu diambil jika sekiranya item yang dibeli berada bersama penjual semasa sesi live berjalan.

 

Ahmad Syakir Junoh @ Ismail

Pengajar subjek keusahawanan Suka meneroka cabang baharu dalam perniagaan Suka berkongsi kemahiran dan tips berkaitan perniagaan