• Mon, Apr 2024

PEMBELIAN DIGITAL DAN EKONOMI GIG

PEMBELIAN DIGITAL DAN EKONOMI GIG

Corak pembelian secara online semakin meningkat semasa pandemik Covid-19. Adakah corak pembelian secara online ini dapat membantu meningkatkan ekonomi negara?

Pasaran dunia mengalami perubahan semasa belakunya pandemik Covid-19. Seluruh industri dan pangkalan pelanggan telah beralih kepada pesanan dalam talian dan penghantaran terus ke rumah. Negara ini juga mempunyai nisbah pengguna digital tertinggi di Asia Tenggara iaitu sehingga 88 peratus responden dan firma itu percaya penembusan digital yang tinggi itu disebabkan oleh gaya hidup bekerja dari rumah suslan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

Kira-kira 47% pengguna di Malaysia telah beralih kepada kaedah pembelian dan ini memberi sumber pendapatan kepada gig ekonomi. Pembelian dalam talian bukan sahaja tertumpu kepada barangan keperluan tetapi keperluan lain seperti ubatan, pakaian, makanan dan sebagainya. Ekonomi gig adalah salah satu pilihan pekerjaan berasaskan kontrak jangka pendek atau dilakukan secara bebas (freelance) yang disokong dengan menggunakan aplikasi teknologi. Perkembangan ekonomi gig selari dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Disebabkan Covid-19, pengguna kerap menukar corak pembelian untuk jenama-jenama pilihan mereka. Dalam tempoh enam bulan lalu, 36 peratus pelanggan melaporkan mencuba jenama produk baharu dan 25 peratus melaporkan menggunakan jenama yang baharu. Peralihan ini nampaknya dapat memanfaatkan jenama yang lebih besar dan dipercayai. Pengguna Malaysia membeli 50 peratus lebih banyak secara dalam talian berbanding tahun lalu, didorong terutama oleh sekatan COVID-19. Kategori seperti barangan runcit dan penjagaan diri serta kecantikan memperoleh jualan tinggi, dengan lonjakan bahagian runcit atas talian masing-masing sebanyak 4.2 kali ganda dan 2.1 kali ganda.      

Di dalam blog Web Hosting Secret Revealed (WHSR), 61 peratus rakyat Malaysia menggunakan telefon bimbit semasa membuat pembelian dalam talian. Antara platform e-dagang yang terkenal dan mendapat perhatian yang tinggi dari pengguna ialah Lazada, Shopee, Mudah.my, Taobao, Carousell, eBay and Amazon. Justeru itu, diharapkan kajian ini dapat dijadikan rujukan oleh usahawan-usahawan yang terlibat dalam perniagaan dalam talian, seterusnya dapat mengembangkan lagi empayar perniagaan mereka iaitu gig ekonomi.  

Kewujudan ekonomi digital telah mengubah landskap ekonomi negara.  Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang mengurangkan kebergantungan kepada model ekonomi lama tetapi banyak lagi negara rantau Asia turut mengikut jejak sama. Antara syarikat terbabit membina platform aplikasi teknologi ialah Grabfood, Food panda, BungkusIt, Lalamove, Lazada, Shopee, AirBnB, TaskRabbit, Gran dan MyCar.

 Kemunculan pelbagai platform digital ini memberi ruang lebih besar kepada penjanaan ekonomi rakyat Malaysia di samping memberi peluang pekerjaan kepada rakyat yang terjejas pendapatan mereka.      Dalam era endemik, individu kini boleh menjana pendapatan secara produktif, fleksibel dan mampan kerana ekonomi gig menawarkan pelbagai khidmat untuk disertai seperti pengangkutan, penghantaran makan dan barang serta sebahagiannya membabitkan produk kewangan. 

Oleh yang demikian, pembelian digital dapat membantu meningktakan ekonomi gig dan seterusnya ekonomi negara. Ini kerana trend perkerjaan masa kini semakin kearah pekerjaan gig dan secara langsung ianya membantu pertumbuhan syarikat-syarikat seperti Grab, Foodpanda, Mycar, Lalamove dan banyak lagi untuk tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan dan terus melebarkan jaringan ke seluruh pelusuk Malaysia.