• Fri, May 2024

RASUAH DAN KEMENJADIAN PELAJAR

RASUAH DAN KEMENJADIAN PELAJAR

Terminologi rasuah adalah sesuatu tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita, dan ianya menjadi satu kelaziman sehinggakan sebahagian daripada masyarakat kita hari tidak segan bersetongkol dengannya.

Rasuah secara khasnya merujuk kepada penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.      

Pada hari ini isu rasuah bukan sahaja mengelabui seorang yang berjawatan rasmi tetapi ianya menular secara tidak sihat kepada golongan belia. Kajian lepas mendapati 35.8% penuntut institut pengajian tinggi (IPT) menyatakan bahawa ianya tidak menjadi kesalahan untuk menerima “suapan” atau erti kata lain menerima rasuah sebagai balasan sesuatu perbuatan. Lebih membimbangkan statistik menunjukkan peningkatan kes rasuah berlaku sejak dua tahun kebelakangan ini merekodkan penglibatan 275 golongan belia.   

Sekarang sudah tibanya masa untuk kita merancakkan perancangan dengan lebih teliti dan holistik bagi membendung virus ini sebelum ianya bertukar menjadi endemik. Oleh yang demikian, pendidikan selayaknya diangkat sebagai vaksin bagi mencegah penularan menyeluruh penyakit rasuah ini sehingga ke akar umbi. Selaras dengan aspirasi nasional yang berfokuskan kemenjadian pelajar melalui pembelajaran berasakan hasil, gejala dan wabak rasuah ini dapat ditangkis dengan jayanya. 

Di institut pengajian tinggi secara khususnya, penerapan nilai-nilai murni mampu diterapkan melalui rekabentuk kurikulum yang mampu melahirkan graduan yang bersedia mencapai objektif pendidikan seterusnya m emenuhi permintaan pelbagai pemegang taruh.  Ini kerana rekabentuk pembelajaran berasaskan hasil mempunyai s pesifikasi yang jelas dengan menetapkan apakah sikap atau nilai yang ingin dibentuk atau diingini menjelang akhir program. 

Rumusannya, penghayatan hasil pembelajaran mampu untuk membendung rasuah di kalangan pelajar IPT. Kemenjadian pelajar adalah tonggak kurikulum yang berasaskan hasil kerana ianya didokong oleh perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian yang jitu yang akhirnya dapat menepis virus yang tiadanya penghujungnya.