• Thu, Apr 2024

Caknawan menjadi platform kepada warga FKP merakam aktiviti yang telah dijalankan dan seterusnya memaklumkan kepada semua. Pada masa yang sama sumbangan artikel-artikel daripada pensyarah-pensyarah turut dimuatkan sebagai bacaan tambahan. Kepada pensyarah, penulisan artikel berkaitan bidang masing-masing adalah sangat dekat dengan hati mereka serta akan memberikan manfaat bersama terutamanya kepada masyarakat sekeliling.