• Sun, Apr 2024

TREND MEDIA SOSIAL: PELUANG PENTING BAGI PERNIAGAAN UNTUK BERKEMBANG MAJU

TREND MEDIA SOSIAL:  PELUANG PENTING BAGI PERNIAGAAN UNTUK BERKEMBANG MAJU

Media sosial memainkan peranan yang penting dalam mencorak kehidupan, pekerjaan dan juga komunikasi. Media sosial adalah asas transformasi ekonomi yang sedang pesat berkembang dari sudut perniagaan, komunikasi dan penyebaran maklumat.

Media sosial dianggap sebagai satu nilai penggerak perniagaan di seluruh dunia. Malaysia juga sebagai negara yang menekankan perniagaan digital menggalakkan usahawan menggunakan kaedah media sosial sebagai pemangkin perniagaan. Media sosial adalah tempat dimana pengguna menyedari kewujudan sesuatu produk di pasaran. Ia menjadi platform penting bagi sesuatu produk untuk membina jenama dan untuk mendekati pelanggan. Pada masa kini, lebih 90% daripada eksekutif pemasaran menggunakan media sosial sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran mereka, penjenamaan dan pengekalan pelanggan, 

Trend dalam media sosial akan sentiasa berkembang dan memberikan cabaran kepada peniaga yang menggunakan platform ini untuk sentiasa merancang strategi baharu dan sentiasa meberikan informasi terkini berkaitan produk kepada pelanggan. Jadi, apakah trend terkini yang perlu diberi perhatian oleh peniaga pada tahun ini. Menurut laporan Social Trends 2022,  terdapat tiga trend utama sosial media pada tahun 2022.

Pelanggan yang berpotensi berada dalam komuniti media sosial

Perkembangan yang pesat pada teknologi komunikasi maklumat kini berjaya membawa pendekatan yang efektik untuk mendekati pelanggan. Interaksi melalui rangkaian media sosial adalah salah satu fenomena yang menarik lebih banyak perhatian pelanggan. Pelanggan yang wujud dalam pasaran Facebook dan juga Instagram telah meningkat sejak Pademik Covid 19 melanda. Sejak dari itu wujud peningkatan yang ketara penggunaan media sosial. Peniaga yang ingin berdiri teguh dalam pasaran perlu mengambil peluang ini dengan menggunakan strategi yang berkesan untuk mendekati pelanggan untuk memperkenalkan jenama kepada mereka.

Media sosial jadi nadi pengalaman beli-belah pasca pandemik.

Pada tahun 2022, media sosial telah menjadi norma untuk membeli produk kegemaran. Dalam rangkaian sosial seperti Facebook, Instagram dan Pinterest, butang "beli sekarang" sudah tersedia pada iklan. Selain itu, media sosial juga menyokong penjualan secara langsung (live stream) barangan e-dagang.    Oleh itu, bagi peniaga yang ingin terus kekal bersaing dalam pasaran, rangkaian media sosial perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk meningkatkan pengalaman pengguna bagi produk keluaran mereka. 

Pengguna lebih arif dengan keputusan pembelian mereka

Menurut kajian daripada Hootsuite (2022), dapatan menunjukkan lebih daripada 60 peratus responden kajian yang terdiri daripada peniaga yang merancang untuk meningkatkan perbelanjaan keatas sosial media pada tahun 2022 untuk tujuan pemasaran. Kebanyakkan peniaga merancang untuk membelanjakan wang kepada saluran media sosial seperti Instagram, Facebook, YouTube dan LinkedIn. Walau bagaimanapun platform media sosial lain seperti TikTok, Pinterest, dan Snapchat yang semakin hari semakin popular dilihat perlu diterokai oleh peniaga dimana saluran ini dijangka dapat memberi lebih banyak kesan. Peniaga yang ingin terus kekal bersaing dalam pasaran perlu memahami bagaimana pengguna media sosial di saluran yang berbeza berfikir dan peniaga perlu bekerja lebih keras untuk membuat pengiklanan yang unik di setiap platform. Ini kerana pengguna lebih arif dalam pilihan mereka dan mempunyai jankaan tertentu terhadap pilihan mereka. Oleh itu, peniaga perlu bijak memilih saluran media yang terbaik dan perlu lebih kreatif ketika membuat iklan di media sosial mereka untuk memastikan keberkesanan media sosial yang digunakan.

Sebagai kesimpulan, media sosial boleh membantu sesebuah jenama dalam memperolehi kelebihan daya saing dalam pertempuran sengit hari ini untuk meraih perhatian pengguna. Penting untuk diingat bahawa media sosial sentiasa berkembang, dan apa yang berjaya sebelum ini mungkin tidak berfungsi sekarang. Gunakan trend ini untuk inisiatif media sosial anda dengan mengikuti perkembangan terkini.