Malaysia merupakan sebuah negara yang sentiasa ke hadapan dalam mengejar sebuah teknologi. Perkara ini bukan sahaja memberikan kesan kepada negara Malaysia tetapi tingkah laku pengguna juga berubah kerana impak teknologi pada masa kini. Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (AI) bukan satu nama yang asing lagi di kalangan pengguna generasi kini. Daripada lambakan video singkat di media sosial sehinggalah kepada cadangan produk dalam platform e-dagang. AI memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tingkah laku pengguna.
‘Bang boleh tolong kira-kira berapa harga kereta S70 untuk gaji RM3500?.
Dialog ini sangat terkenal di platform Tik Tok dengan nama pemiliknya ‘Zarif Dah Kira’. Dengan kecanggihan fungsi AI, pengguna boleh bertanyakan kepada pemilik Tik Tok untuk membantu mereka membuat pilihan pembelian kereta dengan pendapatan bulanan yang mereka perolehi. Dunia peruncitan digital semakin berkembang secara meluas. Hasilnya, pengguna menerima cadangan produk yang lebih relevan dan sesuai dengan status kewangan mereka. Keadaan ini menjadikan pengalaman membeli-belah lebih mudah, pantas dan menarik.
Dahulu, mungkin AI ini hanya dikenali oleh pengguna generasi muda seperti Generasi Z dan Generasi Alpha tetapi kini keadaan tingkah laku pengguna sudah berubah iaitu pengguna Generasi Millenial dan Generasi X mula menjadikan platform AI sebagai alat dalam membantu mereka untuk membuat sesuatu keputusan pembelian. Namun begitu, walaupun teknologi ini sangat membantu pengguna dalam menjimatkan masa dan membuat Keputusan yang bijak tetapi masih ada kes penipuan dalam pembelian barangan dan penggunaan perkhidmatan yang dihadapi oleh Pengguna.
Mengapa AI menjadi pilihan pengguna dalam membuat Keputusan pembelian kerana keupayaan AI dalam membentuk algoritma media sosial atau platform e-dagang dapat membantu pengguna dalam mencari pilihan barangan atau produk yang sering terjual. Lantas, pengguna yang bijak akan membuat perbandingan dan ia merupakan tingkah laku yang dapat menyelamatkan pengguna daripada membuat pembelian yang merugikan.
Dari sudut perspektif usahawan pula, usahawan yang sedia ada mahupun yang baru ingin berjinak di dalam dunia perniagaan akan menggunakan platform AI untuk membuat kajian dan Pembangunan terhadap produk mereka. Melalui analisis data pengguna, pencarian produk tertinggi di media sosial seperti platform Tik Tok dapat membantu usahawan menarik minat pelanggan dan memahami apa sebenarnya keperluan yang diperlukan oleh pihak pengguna.
Namun begitu, dunia AI ialah dunia tanpa sempadan, pelbagai perkara boleh berlaku dan sebagai pengguna mereka perlu mengambil berat tentang soal privasi dan keselamatan maklumat diri mereka. Pengguna perlu memahami bagaimana maklumat peribadi mereka akan digunakan dan memastikan bahawa data yang dikongsi berada di pihak yang bertanggungjawab. Kegembiraan yang diperolehi oleh pengguna tentang fungsi AI perlu dikawal kerana setiap perkara yang wujud akan mempunyai aspek negative. Secara keseluruhannya, AI sememangnya membawa perubahan besar kepada tingkah laku pengguna moden tetapi sebagai pengguna yang berada dalam. Dunia AI perlu memanfaatkan teknologi ini secara bijak sambil mengekalkan momentum diri bagi menjadi pengguna beretika dan bertanggungjawab.