THE GREEN REVOLUTION: HOW RENEWABLE ENERGY IS RESHAPING THE FUTURE
In the last few decades, humanity has mounted a seminal test: addressing the environmental crisis of excessive dependence on fossil fuels.
Perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) yang tercetus pada pertengahan tahun 2016 telah memberikan kesan secara langsung kepada semua sektor di Malaysia, termasuk sektor pendidikan. Ledakan teknologi yang tercetus pasca IR 4.0 telah membentuk satu keadaan yang mencabar terutamanya di dalam pendidikan negara.
Meskipun transformasi teknologi menuntut perubahan yang besar dari semua pihak, namun tidak dapat disangkal bahawa ianya merupakan sesuatu yang penting untuk meningkatkan penglibatan pelajar dan memperkasakan bidang pendidikan dalam menghasilkan pengalaman pembelajaran yang inovatif.
Seiring dengan perkembangan dan penggunaan teknologi dewasa ini, segala maklumat boleh diperolehi dengan pantas dalam sela masa yang singkat tanpa mengira batas sempadan. Kita boleh menemui hampir apa sahaja dalam talian, dengan maklumat yang paling terkini. Hal ini sekaligus turut membawa perubahan dalam pemikiran dan tingkah laku manusia terutamanya di kalangan pelajar. Selain perubahan tersebut, pelajar juga dapat menikmati pembelajaran bersama kumpulan pelajar lain dalam komuniti maya dalam masa nyata, atau dengan bekerjasama dalam projek kumpulan. Manakala bagi tenaga pengajar pula, mereka boleh menyediakan akses kepada bahan kursus dan sumber tambahan melalui sistem pengurusan pembelajaran atau menyediakan akses kepada perisian khusus kursus untuk setiap pelajar. Sumber pendidikan terbuka (OER) yang menggabungkan penggunaan teknologi dalam pendidikan secara tidak langsng turut membuka ruang kepada tenaga pengajar untuk membabitkan pelajar dalam menghasilkan bahan pembelajaran yang berkesan.
Di samping itu, penggunaan teknologi dalam pendidikan dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan kolaboratif. Hal ini sekaligus mampu melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif yang bukan sekadar menghafal fakta semata-mata. Pembelajaran ini di laksanakan menerusi penyediaan kuiz secara interaktif di dalam kelas atau melalui aktiviti perbincangan secara berkumpulan menggunakan aplikasi teknologi. Proses pembelajaran secara interaktif bukan hanya terhad kepada bidang pendidikan berteraskan teori sahaja, sebaliknya ianya boleh juga diterapkan di dalam bidang berteraskan sains dan matematik. Misalnya, penyediaan makmal eksperimen secara maya dapat memberikan ruang kepada pelajar untuk mengkaji dengan lebih kreatif di dalam pendidikan sains. Ini sekaligus dapat menimbulkan rasa teruja di kalangan pelajar disamping dapat membuka ruang kepada mereka untuk mempelajari sesuatu kemahiran matematik dengan cara yang aktif dan dalam suasana yang menghiburkan secara tidak formal. Keadaan sebegini berupaya meningkatkan pemahaman pelajar.
Bagi tenaga pengajar pula, peranan teknologi dalam pendidikan sangat membantu. Sebagai contoh, pengajaran boleh bermula dengan penggunaan alat simulasi untuk menunjukkan cara taufan berkembang sehinggalah kepada penggunaan realiti maya untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran di luar kelas. Pembelajaran teradun merupakan kaedah yang terbaik untuk meningkatkan penglibatan pelajar di dalam dan di luar kelas menerusi penggunaan teknologi.
Pembelajaran teradun merupakan salah satu kaedah pendekatan pendidikan di mana para pelajar akan belajar secara dalam talian serta melalui pengajaran bersemuka konvensional. Ianya turut dikenali sebagai kaedah pembelajaran secara hibrid , di mana pembelajaran teradun merupakan gabungan pendidikan konvensional dalam ruang kelas dan dalam talian yang melibatkan komponen multimedia, seperti perbincangan dan tinjauan pendapat secara interaktif serta video perbincangan secara langsung. Tambahan pula, pembelajaran teradun mampu menawarkan pengalaman pembelajaran yang lebih menarik kepada pelajar dengan menyediakan peluang kepada mereka untuk bekerja secara berdikari atau bersama rakan sebaya. Selain itu, pengajar juga boleh memperkukuhkan pembelajaran sekaligus mampu untuk membantu pelajar mencapai penguasaan dalam setiap mata pelajaran menerusi bantuan teknologi dalam pendidikan
Pembelajaran teradun tidak hanya sekadar menggunakan teknologi untuk menambah pengalaman di dalam ruang kelas. Sebaliknya, pembelajaran teradun memerlukan sebahagian besar bahan kursus yang dibangunkan disampaikan melalui kaedah pengajaran dalam talian menggunakan teknologi digital dan perlu diadunkan dengan beberapa komponen secara bersemuka. Sebagai contohnya, pelajar boleh menyelesaikan kuliah dan tugasan kerja rumah dalam talian tetapi mengadakan perbincangan makmal secara peribadi. Dengan cara ini, pelajar berkeupayaan untuk melengkapkan bahagian tertentu kursus mengikut jadual mereka sendiri dan boleh melakukan semakan semula bahan pembelajaran mengikut keperluan dari masa ke semasa. Selebihnya kebanyakan masa pelajar akan dihabiskan di dalam ruang kelas, dewan kuliah atau makmal, dengan arahan yang diselia.
Dalam ruang kelas tradisional, pelajar yang bergelut untuk mempelajari konsep baharu akan mudah ketinggalan daripada rakan sebaya mereka. Oleh hal yang demikian, dengan komponen pembelajaran kendiri, para pelajar mampu meningkatkan pencapaian akademik mengikut kadar mereka yang tersendiri. Bagi pelajar yang memerlukan lebih banyak masa atau bantuan tambahan, mereka boleh mendapatkan latihan tambahan di luar kelas menerusi latihan berpandu atau kerja kursus tambahan yang disediakan.
Dalam pada itu, latihan pembelajaran kendiri dengan menggunakan teknologi baharu ini juga membolehkan para pelajar untuk mengasah kemahiran literasi digital dalam abad ke-21, sekaligus akan memberikan kesan yang positif apabila mereka memasuki dunia pekerjaan. Bagi mencapai matlamat ini, salah satu cara yang boleh digunakan ialah dengan memperkenalkan konsep pengkomputeran satu kepada satu (1:1), yang mendedahkan para pelajar dengan teknologi yang mereka perlukan dalam penglibatan kerja kursus.
Teknologi pendidikan mengubah cara mengakses maklumat, dan juga kaedah pengajaran di kalangan pengajar. Pengajar juga boleh menggunakan sistem interaktif di dalam kelas untuk menilai tahap pemahaman pelajar terhadap bahan kursus yang disediakan, menyesuaikan dengan keperluan dalam masa nyata dan membina kemahiran menyelesaikan masalah di kalangan pelajar. Selain itu, bahan dari teknologi juga boleh meningkatkan pengalaman pembelajaran dengan menjadikannya lebih fleksibel, lebih menarik dan mampu untuk menampung keperluan pelajar.
Bahan digital dalam ruang kelas mampu menimbulkan rasa ingin tahu pelajar. Buku teks atau bacaan interaktif ini juga boleh meningkatkan penglibatan pelajar dan membawa kepada pembelajaran dan kefahaman yang lebih baik dengan menawarkan komponen multimedia menerusi perbincangan dan penilaian secara teradun. Bagi memupuk pembelajaran yang lebih mendalam dan lebih kolaboratif, ramai pengajar menggunakan teknologi pendidikan untuk berkongsi bahan digital mereka menerusi forum perbincangan dan soalan ujian pemahaman bagi menilai hasil pembelajaran pelajar. Terdapat juga beberapa bahan pembelajaran dalam talian yang boleh dijadikan sebagai salah satu alatan dan platform tambahan yang boleh digunakan oleh pengajar untuk menjalankan ujian, kuiz dan peperiksaan.
Kesimpulanya, walaupun teknologi pendidikan kadangkala dilihat sebagai ancaman dan mempunyai limitasi tertentu, namun dengan mengngintegrasikannya ke dalam amalan pengajaran, ianya mampu menawarkan cara baharu untuk pelajar berinteraksi dan melibatkan diri dengan bahan kursus dengan lebih berkesan dan bermakna. Lebih-lebih lagi semasa ledakan perubahan teknologi yang telah banyak memberi kesan terhadap kaedah pendidikan di Malaysa di mana para pelajar telah terbiasa belajar menggunakan bantuan teknologi. Terima kasih kepada alatan teknologi pendidikan, kini pendidikan tidak lagi terhad kepada dinding ruang kelas sahaja. Video YouTube dan media sosial bukanlah lagi merupakan satu bentuk gangguan; bahkan mereka boleh menjadi sebahagian daripada rancangan pengajaran masa akan datang.
In the last few decades, humanity has mounted a seminal test: addressing the environmental crisis of excessive dependence on fossil fuels.
The circular economy (CE) is staging a fast-paced ramp-up as an innovative sustainable development model, giving strong competition to the traditional linear way of production-consumption-disposal where a product is made, used, and finally discarded.
The World Economy is currently at a standstill as the craving for growth is now being made to appreciate the need for sustainability. “Take-make-dispose” led the traditional economic systems to the unsustainable way, that is the use of resources, environmental degradation, and waste production.