• Mon, Apr 2024

TREN PEMASARAN MASA KINI: INFLUENCER MARKETING

TREN PEMASARAN MASA KINI: INFLUENCER MARKETING

Neelofa, Khairul Aming, Sofyank, Syahmi Sazli antara nama yang mendapat tempat dihati ramai. Apa yang menarik tentang nama ini? Ya….mereka adalah INFLUENCER.

Influencer adalah individu yang berpengaruh dan berkredibiliti dalam melibatkan diri di platform akaun media sosial. Mengambilkira keupayaan mereka dalam masyarakat, diharap ianya mampu untuk mempromosikan dan melariskan produk, perkhidmatan atau jenama yang ditawarkan oleh pemasar. Para pemasar terpaksa akur dengan kewujudan media sosial telah banyak memberi signifikasi dalam dunia pemasaran, dan perubahan yang ketara adalah masyarakat dunia yang semakin mempercayai pandangan influencer di media sosial.

Influencer ini biasanya mempunyai pengikut/ follower dalam jumlah yang ramai. Lagi ramai pengikut influencer, lagi tinggi potensi untuk mendapat sambutan. Nama lain juga dikenali sebagai Social Media Influencer. Kebelangkangan ini, media sosial dilihat menjadi wadah untuk golongan muda atau Millenial berkongsi gambar, stories dan idea terhadap sesuatu perkara, malah kini telah menjadi ikutan dikalangan golongan yang lebih berusia.

Salah satu kaedah pemasaran dalam talian yang baru memasuki arus perdana dikenali dengan pemasaran berpengaruh atau nama lain Influencer Marketing. Influencer Marketing biasanya akan menghasilkan content yang berpihak kepada jenama yang mereka persembahkan samada menerusi aplikasi Tik Tok, Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube. Dengan cara ini, apa sahaja produk yang dibawa oleh influencer selalunya akan mudah mendapat perhatian dan viral di pasaran. Ini juga dapat menaikkan populariti nama influencer itu sendiri  untuk lebih dikenali. Influencer ini juga akan menjadi endorser pihak ketiga antara jenama dan pelanggan. Influencer marketing juga bekerjasama dengan seorang atau beberapa influencers untuk melakukan promosi, menjayakan kempen, dan sebagainya dengan menggunakan content untuk mencapai objektif bisnes.

Influencer marketing ini akan muat turun dalam bentuk endorsement, kempen media sosial seperti stories dan posting, ataupun video-video pendek yang dimasukkan seperti review, unboxing product, video kelakar dan sebagainya. Pelbagai aplikasi boleh dimuat turun di smartphone dan boleh diakses tidak kira masa dan tempat. Terpulang kepada penerimaan masing-masing.

Dengan kepesatan kebergantungan terhadap media sosial, peranan Influencer marketing dilihat telah diangkat sebagai salah satu strategi pemasaran yang sesuai dengan senario semasa dan lebih menarik engagement. Antara teknik yang dilakukan adalah dengan mengadakan koloborasi dalam menjayakan kempen berasaskan content yang difikirkan sesuai. Dalam era digital masa kini, kita harus faham dan akur apabila pelanggan sudah terbiasa dengan interaksi dan tarikan sesuatu jenama yang berkait rapat dengan Social Media Influencer. Dengan pengaruh yang mereka ada, peranan Influencer dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap jenama, kepercayaan pelanggan yang mendorong kearah pembelian terutama Influencer yang mempunyai ramai pengikut. Ia juga  memberi manafaat jangka panjang kepada jenama bila sejumlah pengikut yang melihat mereka di laman sosial dan tertarik dengan perkongsian yang dibuat di laman media sosial. Peranan Social Media Influencer dalam pemasaran digital memang tidak dapat dinafikan.

Influencer dilihat mampu mempengaruhi fikiran atau pendapat orang lain melalui platform tertentu seperti media sosial.  Kadang kesempatan yang diambil oleh Influencer ini adalah dengan membuat live atau lintas langsung tak kira tempat dan lokasi tanpa mempedulikan kehadiran orang ramai disekeliling. Malah ada kala Influencer ini dilihat membuat story yang kurang sesuai demi meraih tumpuan like, share dan comment. Ini kerana dengan adanya kesediaan platform digital, pengaruh influencer untuk mempromosikan jenama dapat diperluaskan mengikut kesesuaian dan keperluan jenama.

Kemunculan Influencer di media sosial telah menjadikan mereka penting dalam keputusan pembelian oleh golongan muda dewasa ini. Apa yang menyebabkan keputusan pembelian berlaku adalah kerana Influencer yang mereka percayai akan mencadangkan sedemikian dan memberi maklumbalas yang positif. Malah ada masanya mereka ingin dilihat berketrampilan seperti Influencer tersebut. Untuk mencapai objektif pemasaran, pemasar perlu mencari Influencer yang tepat dan bersesuaian dengan karakter dan personaliti yang dibawa supaya apa yang disampaikan memenuhi kumpulan sasaan. Senang cakap, mereka adalah trend setter berskala kecil atau besar untuk pengikut mereka.

Dapatlah disimpulkan bahawa, fenomena penglibatan Influencer di laman media sosial telah mengukuhkan keberkesanan pemasaran bagi mempromosikan jenama di media sosial. Ini kerana laman media sosial berupaya mencapai capaian jumlah tontonan dalam kala yang besar dalam kalangan pengikutnya sendiri atau dalam kalangan penonton umum. Selain itu,tahap penglibatan Influencer perlu kekal aktif agar sentiasa dilihat kekal relevan dan popular oleh pengikut, pemilik bisnes dan sebagainya bagi tujuan kelestarian pendapatan pihak terbabit.