THE GREEN REVOLUTION: HOW RENEWABLE ENERGY IS RESHAPING THE FUTURE
In the last few decades, humanity has mounted a seminal test: addressing the environmental crisis of excessive dependence on fossil fuels.
Encik nak oder Latte, Americano, Cappuccino? Secangkir kopi menimbul seribu kenikmatan. Begitulah impak kopi telah dilihat satu budaya di Malaysia umumnya.
Kopi sinonim dikaitkan sebgai pemangkin untuk memulakan hari. Malah ada yang beranggapan tidak lengkap hari tanpa meneguk secawan kopi. Tidak terkejut bila mana ada tanggapan mengatakan kopi dapat meningkatkan stamina dan aliran darah dalam badan, membakar lemak dan meningkatkan prestasi fizikal. Mungkin faktor aroma yang semerbak yang mencetus kebangkitan diri seseorang. Begitu besar impak kopi dalam kehidupan harian. Lebih-lebih lagi, Hari Kopi Antarabangsa telah dikenalpasti pada 1hb Oktober setiap tahun oleh International Coffee Organization bagi meningkatkan kesedaran, kreativiti dan keakaraban dikalangan pemain industry kopi dan peminum kopi.
Sejak awal lagi biasa kopi dinikmati di rumah, kadang warung-warung tepi jalan malah sekarang senario minum kopi telah diangkat darjat ke kafe. Ia telah meyaksikan berlakunya evolusi dalam industri kopi. Budaya minum kopi di restoran atau kafe yang ada elemen estetik semakin meningkat dewasa ini. Malahan jika dilihat lokasi minum kopi ini tumbuh bagai cendawan selepas hujan malah ditambahbaik dengan inovasi dari segi pilihan dan penyediaan menu yang mengamit selera, penghawa dingin dan akses internet. Bahkan ada pemilik kafe berusaha meletakkan hiasan kafe secara minimalis ,, moden, ekslusif atau menjemput pempengaruh untuk menaikkan rating kafe. Ia juga menjadi port untuk golongan urban untu bersantai, mesyuarat atau melakukan ulangkaji.
Dahulu, harga secangkir kopi adalah murah, dinikmati oleh sekumpulan golongan berusia di kawasan kejiranan sambil bertanya sihat khabar. Berbanding sekarang bila mana ia menjadi satu trend dan dilhat dari perspektif berbeza. Sesetengah pengguna melihat situasi ini dari perspektif berbeza, yakni dengan mempamerkan gaya hidup urban untuk secangkir kopi mencecah puluhan ringgit. Ditamabh lagi dengan sikap golongan digital hari ini yang bersikap Fear of Missing Out (FOMO ) yang mendorong keterujaan mereka. Minum kopi bukan semata-mata rasa aroma harum kopi tetapi didorong oleh nilai peribadi, status sosial dan kepuasan diri. Telahan pula di muatnaik ke media sosial untuk tatapan. Ikutan ini telah menjadi satu budaya yang diinspirasikan oleh negara barat.
Dengan peningkatan amalan ini sekali gus ia membuka peluang kepada usahawan muda untuk mencuba nasib dalam sektor makanan dan minuman (F&B) dan menawarkan peluang pekerjaan kepada ank-anak muda sebagai Barista. Beberapa inisiatif diperkenalkan oleh pelbagai agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, Perbadanan Usahawanan Nasional Berhad (PUNB), TEKUN Nasional dan beberapa lagi diharapkan dapat menyemarakkan lagi peralihan budaya konvensional kearah yang bersifat modernisasi. Ini ditambah pula negara kita berada dalam lingkup Coffee Belt yang mana penanaman kopi diusahakan seawal and ke 17 lagi dan berpotensi untuk diekport bagi pacuan ekonomi negara.
Anda dah minum kopi? Jom!
In the last few decades, humanity has mounted a seminal test: addressing the environmental crisis of excessive dependence on fossil fuels.
The circular economy (CE) is staging a fast-paced ramp-up as an innovative sustainable development model, giving strong competition to the traditional linear way of production-consumption-disposal where a product is made, used, and finally discarded.
The World Economy is currently at a standstill as the craving for growth is now being made to appreciate the need for sustainability. “Take-make-dispose” led the traditional economic systems to the unsustainable way, that is the use of resources, environmental degradation, and waste production.