CABARAN USAHAWAN ISLAM MALAYSIA MASA KINI
Perniagaan merupakan satu tanggungjawab sosial yang merupakan fardu kifayah. Ia juga merupakan sebahagian dari tuntutan umum supaya manusia saling bantu membantu dan bekerjasama selain memenuhi keperluan hidup bermasyarakat. Namun, dalam usaha usahawan Islam mengembangkan perniagaan, mereka tidak dapat lari daripada menghadapi cabaran.